|
5 Sukarelawan AMAL Malaysia Masih Menunggu Kelulusan Masuk |
15 Jun 2010, Shah Alam (AMAL) - Setakat ini semua Sukarelawan AMAL Malaysia masih belum mendapat kelulusan masuk ke Gaza, Palestin setelah urusan permohonan di lakukan semalam di pejabat Kedutaan Malaysia di Mesir.
Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) telah berusaha lagi untuk menghantar bantuan segera melalui pintu Rafah, Mesir setelah di maklumkan bahawa pintu tersebut telah di buka untuk laluan ke Gaza. Antara ahli sukarelawan tersebut adalah Dr Hj Abd Rani Osman, Naib Presiden 1 AMAL Malaysia bersama 4 orang lagi dari AMAL Selangor dan Terengganu.
 Sewaktu di sambut oleh wakil AMAL Malaysia di Mesir  Di Masjid Kaherah, Mesir  Sewaktu Menunggu di hadapan pejabat Kedutaan Malaysia di Mesir
|