lifeline4gaza

www.lifeline4gaza.org
Image

 Aug   Sep 2010   Oct

SMTWTFS
   1  2  3  4
  5  6  7  8  91011
12131415161718
19202122232425
2627282930 
VLSI High Level Synthesis
 Anda Pengunjung Ke
Mesothelioma Lawsuit

Login Form






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Advertisement
Lima petugas Yayasan Amal Malaysia berlepas ke Gaza
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 13 Jun: Lima lagi petugas Yayasan Amal Malaysia berlepas dari KLIA pagi tadi untuk meneruskan Misi Kemanusiaan Gaza bagi memantau pelbagai projek bernilai RM1.5 juta yang telah disumbangkan oleh yayasan itu sebelum ini serta kerjasama dari pihak Wisma Putra.

Kelima-lima mereka adalah Dr Abd Rani Osman (Naib Presiden 1 AMAL Malaysia), Ust Jamsari B Marsom (AJK AMAL Malaysia), Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah (Naib Pengerusi AMAL Malaysia Terengganu), Syed Ahmad B Syed Mohamed Ali dan Mohd Azmi B Anuar (AJK AMAL Malaysia Selangor)

"Kami dijangka transit di Doha dan dijangka sampai ke Kaherah pada jam 5 petang waktu Mesir dan 10 malam jam Malaysia," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh delegasi ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hj Jamuliddin Elias adalah antara pemimpin AMAL Malaysia itu ditahan oleh tentera Israel selepas kapal mereka Mavi Marmara ditahan.

Jamal adalah salah seorang dari 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut. Kepulangan mereka ke Malaysia telah diterima sebagai wira negara dan diraikan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Jamal telah diberikan kesempatan untuk memberikan ucapannya di Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Khamis lepas bagi menceritakan pengalaman beliau kerana 9 dilaporkan syahid ekoran serangan Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan itu.

 

 

 
< Prev   Seterusnya >