lifeline4gaza

www.lifeline4gaza.org
Image

 Aug   Sep 2010   Oct

SMTWTFS
   1  2  3  4
  5  6  7  8  91011
12131415161718
19202122232425
2627282930 
SVTechie Resources
 Anda Pengunjung Ke
Mesothelioma Lawsuit

Login Form






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Advertisement
KELUARGA HJ JAMULIDDIN ELIAS DI ZIARAHI PIMPINAN YAYASAN AMAL MALAYSIA
Posted by MisbahulMunir Tuesday, June 1, 2010

 

 

Sebaik tiba di KLIA dari Instanbul, rombongan Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA) yang diketuai oleh Cikgu Hj Husin Ismail terus bergegas ke rumah Hj Jamuliddin Elias, Timbalan Presiden AMAL MALAYSIA di Kg. Delek, Kelang. Beliau adalah salah seorang rakyat Malaysia yang mewakili AMAL MALAYSIA ke Gaza yang telah ditahan oleh Israel Zionis bersama dengan ratusan aktivis Ngo seluruh dunia.
 
Kedatangan kami disambut oleh isteri, ahli keluarga, jiran tetangga dan seluruh penduduk Kg. Delek, Kelang yang ingin tahu perkembangan selanjutnya nasib beliau dan rakan-rakan yang lain. Beberapa wartawan juga turut hadir menyambut kedatangan kami.

Dalam Kesempatan tersebut, Presiden AMAL MALAYSIA telah membuat sidang akhbar bagi menjelaskan isu tersebut. Presiden AMAL MALAYSIA Cikgu Hj Husin Ismail menjelaskan bahawa YAM telah membawa dua misi kemanusian di Istanbul Turki.
 
Misi pertama menyertai Lifeline4 Gaza, AMAL MALAYSIA diwakili oleh Hj. Jamuliddin Elias bersama rakan-rakan Ngo yang lain dari Malaysia dan bergabung dengan ratusan Ngo Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia. Ia diketuai oleh Ngo IHH dari Turki.

 

Manakala Misi kedua pula menyertai Konvensyen Kesatuan Komuniti Islam Antarabangsa ke 19 yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi dan Sosial (ESAM) yang berpangkalan di Instanbul sempena dengan sambutan memperingati 557 tahun penaklukan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad AlFateh. Antara isu yang dibincangkan ialah krisis kemanusian di Gaza dimana wakil HAMAS turut menyampaikan ucapan menjelaskan perkembangan terkini di Gaza.

 

Pada hari pembukaan konvensyen tersebut, Misi kemanusian Lifeline4 Gaza berlepas ke Gaza melalui kapal Mavi Marmara milik Turki. Kapal tersebut membawa 7 ribu tan bekalan makanan dan kesihatan serta 700 aktivis Ngo dari serata dunia. Malaysia termasuk dalam rombongan tersebut dan sdr jamuledin salah seorang daripadanya. Menurut Cikgu Husein, AMAL MALAYSIA sentiasa mengikuti perkembangan operasi ini dari Instanbul, perkembangan terkini perjalanan misi kemanusiaan sentiasa disampaikan oleh sdr. Jamal melalui pesanan SMS dan telepon selain melalui internet. Al Jazeera, Al Arabiyah dan sumber-sumber media tempatan di Turki.

 

Perhubungan komunikasi terputus selepas tentera Israel menceroboh dan menawan Mavi Marmara. Kesemua rombongan yang menyertai misi ini ditahan oleh Israel di Haifa. Sehingga sekarang, AMAL MALAYSIA putus hubungan dengan Sdr. Jamuliddin Elias. Walau bagaimanapun AMAL MALAYSIA sentiasa dimaklumkan perkembangan terkini melalui rangkaiannya di Isntanbul, Mesir dan Dubai. Berita terkini semua rakyat Malaysia dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

 

AMAL MALAYSIA telah mengambil beberapa langkah ke arah membantu pembebasan rakyat Malaysia khususnya dan seluruh aktivis yang lain melalui saluran diplomatik di Dubai dan Jordan. AMAL MALAYSIA juga meminta kerajaan Malaysia mengambil pendiriran dan tindakan tegas melalui saluran antarabangsa agar Israel diberi tekanan supaya kesemua tahanan dibebaskan.

 

Kesempatan itu juga, AMAL MALAYSIA telah menghulurkan sedikit sumbangan wang tunai kepada Isteri Hj Jamuliddin Elias bagi meringankan beban dan mengharapkan semua umat Islam menunaikan solat hajat agar keselamatan Hj Jamuliddin Elias dan seluruh aktivis Ngo dilindugi Allah. Isteri Hj Jamuliddin Elias dan anak-anaknya kelihatan sabar dan tenang menghadapi dugaan ini dan menyerahkan kesemuanya kepada Allah swt.

 

Kami pihak AMAL Malaysia juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk pihak Kerajaan melalui Wisma Putra, pihak Media dan khususnya semua rakyat Malaysia yang prihtan dan sentiasa mendoakan keselamatan Tuan Hj Jamuliddin Elias dan semua Sukarelawan dari Malaysia.

 

 

 

 

 

 
< Prev   Seterusnya >