|
PRESIDEN YAM BERUCAP DALAM KONGRES ANTARABANGSA KESATUAN KOMUNITI MUSLIM |
|
Posted by MisbahulMunir Friday, May 28, 2010  Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA) menempah sejarah apabila Presidennya , Tuan Hj Husin Ismail diberi peluang membentangkan kertas kerja mengenai peranan Ngo Islam bagi membawa misi kemanusiaan & dakwah ke seluruh negara. Pengalaman AMAL Malaysia bersama Ngo yang lain di serata dunia menjadi contoh keprihatinan Islam terhadap umat manusia tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
Ucapan yang disertai dengan persembahan power point menarik minat sidang konvensyen. Sebelum ini ucapan wakil-wakil negara banyak menyentuh isu politik dan ekonomi, jarang yang menyentuh secara khusus nasib mengenai umat Islam yang sering ditimpa musibah, kemiskinan, kemunduran, kejahilan dalam agama dan sebagainya. Ucapan Cikgu Husin selaku Presiden banyak menyentuh isu-isu kemanusiaan yang melanda umat Islam di negara-negara yang masih lagi mundur. Presiden AMAL Malaysia mengajak seluruh ngo dari negara-negara umat Islam tampil ke hadapan dalam membantu dan menangani permasalahan umat dalam bidang agama, pendidikan dan pembangunan insan.
|