|
Yayasan Amal Malaysia Caw Selangor menerima sumbangan Tabung Kamanusiaan Padang |
 ![]()

    ![]() ![]() 
23 Okt 2009, Shah Alam (AMAL) - Masjid Raja Tun Uda, Seksyen 16, Shah Alam antara yang terawal membuat kutipan tabung bantuan kemanusiaan dan menyalurkannya kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor. Pengerusi AMAL Selangor, YB Dr Ahmad Yunus Ahmad telah menerima cek bernilai RM3,000.00 dari Tuan Nazir Masjid Raja Tun Uda di Shah Alam. Keprihatinan pihak masjid dan ahli khariah di situ menggambarkan rasa ingin membantu orang yang menimpa bencana sangat tinggi. Menurut pihak Bendahari Masjid, Tuan Haji Safwan Zubair kutipan di masjid tersebut akan di teruskan dan penerangan mengenai misi yang di laksanakan oleh AMAL akan cuba di aturkan di masjid itu.
Ketikan ini seramai 27 sukarelawan AMAL sedang beroperasi memberikan bantuan di Pariaman, Padang, Sumatera. Antara sumbangan yang di bawa adalah hampir 600 Kg pakaian terpakai hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui AMAL Malaysia, ubat-ubatan untuk pemeriksaan kesihatan, beberapa acara sukan untuk kanak-kanak bagi menghilangkan rasa trauma yang di alami mangsa dan pelbagai lagi. Pasukan ini akan kembali pada 27hb Okt minggu hadapan.
Doa keselamatan serta kejayaan misi tersebut, haruslah kita hadiahkan untuk para sukarelawan AMAL Malaysia.
AMA2009
|