|
Misi Kemanusiaan ke Padang akan di teruskan oleh Yayasan Amal Malaysia |
13 Okt 2009, K.Lumpur (AMAL) - Bencana yang menimpa Kota Padang baru-baru ini meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat di sana. Ramai lagi mangsa yang memerlukan bantuan kemanusiaan dari negara-negara luar. Oleh itu, hasil pemerhatian dari beberapa misi kemanusiaan yang di lakukan oleh Yayasan Amal Malaysia (AMAL), maka bantuan akan cuba di salurkan secara berterusan sehingga suatu tahap yang stabil di sana. Pihak AMAL telah mengatur beberapa jadual Misi Kemanusiaan ke Padang iaitu pada 15-19 Oktober yang terdiri dari Team Teknikal (Water Supply Tube Well), 22-27 Okt terdiri dari Team Medik serta Team Teknikal dan seterusnya. Oleh itu, pihak AMAL juga mempelawa para sukarelawan yang ingin turut serta boleh menghubungi Pejabat Yayasan Amal Malaysia di Batu Caves, Gombak di talian 03-6187 4382 (Cik Juisa). Pendaftaran awal sangat perlu bagi pihak AMAL dapat menyusun jadual dan kepakaran yang ada oleh para sukarelawan Malaysia. Buat masa ini pihak AMAL Malaysia tidak mampu menampung kos perbelanjaan tambang dan lain-lain di sana. Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak. Akaun Bank Maybank Yayasan Amal Malaysia, 553010122090.
|