lifeline4gaza

www.lifeline4gaza.org
Image

 Aug   Sep 2010   Oct

SMTWTFS
   1  2  3  4
  5  6  7  8  91011
12131415161718
19202122232425
2627282930 
Techies Resources Behavioral Synthesis
 Anda Pengunjung Ke
Mesothelioma Lawsuit

Login Form






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Advertisement
Padang Dalam Kegelapan, Pelajar Malaysia Berkumpul Di Universiti Andalas
JAKARTA, 30 Sept (Bernama) - Gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter yang menggegarkan Sumatera Barat, khasnya ibu kotanya Padang pada 5.16 petang Rabu mengakibatkan kepanikan luar biasa di kalangan penduduk yang bertempiaran keluar menyelamatkan diri. Maklumat daripada Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) menunjukkan gempa itu berpusat di km57 ke barat laut Pariaman di kedalaman 71km. Ini disusuli gempa bumi kedua sebesar 6.2 pada skala Richter pada 5.38 petang berpusat di km22 ke barat laut Pariaman di kedalaman 22km. Bagaimanapun belum ada keterangan rasmi mengenai kecederaan atau kehilangan jiwa daripada pihak berkuasa Indonesia. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar memberitahu BERNAMA, semua 330 pelajar Malaysia yang rumah mereka runtuh dan sebahagiannya dilaporkan terbakar, kini berkumpul di kampus Universiti Andalas sebagai mematuhi arahan standard prosedur menghadapi bencana. "Walaupun bangunan Fakulti Kedoktoran juga dilaporkan runtuh, tetapi kita telah meminta mereka berkumpul di kawasan berdekatan bagi memudahkan pengawasan sesama mereka dan mengambil tahu keadaan rakan masing-masing. Kita berkomunikasi terus menerus dengan mereka," katanya. Namun laporan stesen TV tempatan menyebut gempa itu mengakibatkan banyak bangunan tinggi yang runtuh termasuk sebuah hotel selain ribuan rumah juga runtuh atau rosak akibat gempa pertama dan gempa kedua beberapa minit kemudian. Sehingga malam ini, bekalan elektrik terputus dan talian telekomunikasi juga rosak mengakibatkan kota Padang berada dalam kegelapan. Ada laporan TV menyebut beratus-ratus orang dikhuatiri tertimbus di celah runtuhan bangunan, manakala mereka yang selamat masih berhimpun di jalan-jalan lantaran tidak berani pulang ke rumah masing-masing. Sementara itu Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang dipetik media massa online tempatan sebagai berkata amaran tsunami untuk Indonesia, Malaysia, Thailand dan India telah pun ditarik balik. Ini dilakukan selepas pemerhatian selama satu jam dilakukan dan didapati tidak berlaku perubahan besar gelombang di laut. Bagaimanapun BMKG tidak mengeluarkan amaran yang serupa. - BERNAMA
 
< Prev   Seterusnya >