lifeline4gaza

www.lifeline4gaza.org
Image

 Aug   Sep 2010   Oct

SMTWTFS
   1  2  3  4
  5  6  7  8  91011
12131415161718
19202122232425
2627282930 
VLSI Behavioral Synthesis
 Anda Pengunjung Ke
Mesothelioma Lawsuit

Login Form






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Advertisement
Pelajar-Pelajar Universiti Malaya Prihatin Gaza Palestine

Active Image16 Ogos 2009, Petaling Jaya (AMAL) - Malam tadi telah berlangsung majlis makan malam sempena Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2009 (FESKUM'09) di Dewan Semarak, Universiti Malaya. Dalam majlis tersebut, pihak penganjur telah menjemput Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) yang diwakili oleh En. Azri Mohamad Arish untuk menerima sumbangan dana palestine, hasil dari usaha dan keprihatinan pelajar-pelajar Universiti Malaya. Sumbangan tersebut di sampaikan oleh Ybgh Prof Datuk Dr. Azarae Hj Idris, Timbalan Naib Canselor UM. Turut bersama dalam majlis tersebut adalah YDP MPMUM, Sdr. Mohd Ridzuan Mohamad serta Pengarah FESKUM'09, Sdr. Ahmad Syazwan. Tidak ketinggalan adalah Presiden PMIUM, Sdr. Mohd Syazni Munir Mohd Ithnin dan Setiausaha Agung PMIUM, Sdr. Mohamad Hafiz Ilyas. 
 
Sumbangan sebanyak RM1000 kepada tabung Palestine melalui Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) tersebut adalah sumbangan di kalangan pelajar-pelajar beberapa jurusan.Active Image AMAL Malaysia sangat berasa bangga dengan rasa prihatin yang di terjemahkan oleh pimpinan-pimpinan pelajar serta pelajar-pelajar di Universiti Malaya. Pihak AMAL Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih di atas jemputan serta sumbangan yang di salurkan tersebut. Antara tugas besar oleh AMAL Malaysia sekarang untuk ummat Islam Palestine adalah untuk mewujudkan bekalan air dalam bentuk membina "Tube Well" bagi membekalkan air asas kepada penduduk di Gaza. Ini juga di sokong oleh pihak Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri yang memberikan peluang kepada beberapa pertubuhan NGO Malaysia dalam usaha-usaha murni tersebut.
 
AMAL Malaysia juga mengharapkan sumbangan yang berterusan dari semua pihak yang prihatin dengan nasib penduduk Gaza Palestine khususnya ummat Islam di sana. Kami AMAL Malaysia sentiasa membuka sebarang sumbangan yang membolehkan kadar bebanan yang di tanggung oleh ummat Islam di kurangkan. Sekian.
 
AMA2009

 

Active Image   Active Image

 
< Prev   Seterusnya >