lifeline4gaza

www.lifeline4gaza.org
Image

 Sep   Oct 2010   Nov

SMTWTFS
   1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31 
VC Funding Resources
 Anda Pengunjung Ke
Mesothelioma Lawsuit

Login Form






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Advertisement
Berita Terkini
Misi Kemanusiaan ke-2 berlepas ke Pakistan
Misi kemanusiaan berlepas ke Pakistan
Hazayani Zakaria   

 SEPANG, 31 Ogos: Seramai 12 orang peserta misi kemanusiaan ke Pakistan berlepas hari ini bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana alam di sana.

 

Sepuluh daripada mereka terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia), Institute Muslim Woman (IMW) dan Haluan Malaysia manakala tiga lagi merupakan wartawan dan jurugambar akhbar Harakah.

 

Ketua misi, Jamulidin Elias yang merupakan Timbalan Presiden Amal memberitahu, matlamat mereka ke sana adalah untuk menyampaikan sendiri bantuan berupa makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa mengikut keperluan mereka.

"Matlamat kami kali ini untuk menyampaikan sendiri bantuan kepada mangsa di sana kerana ini merupakan amanah rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan mereka.

 

Sumbangan juga diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

 

"Kami kena pastikan bantuan ini sampai kepada mangsa. Sebab itu kami tidak akan beri bantuaan dalam bentuk wang kerana bimbang ia disalah guna oleh pihak tertentu di sana," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebelum berlepas pada jam 1.15 petang tadi.

 


Baca lagi...
Rakyat Malaysia Melalui Yayasan Amal, Sumbang Bantuan Untuk Mangsa Banjir di Pakistan
BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR DI PAKISTAN
 

Sedang di Wawancara oleh TV News One di Lahore, Pakistan

 

Bersama Al-Khidmat Foundation Pakistan (NGO Islam Terkenal)

 

 

Banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Pakistan telah membuatkan ummat maanusia di seluruh dunia berasa simpati dan ingin menyumbang sesuatu untuk mengurangkan bebanan mereka. Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah memperuntukan dana berjumlah RM 50 ribu bagi tujuan tersebut. Dr Hj Abd Rani bin Osman telah mengetuai delegasi Yayasan Amal Malaysia yang berlepas ke Lahore bagi menjalankan amanah tersebut. Turut bersama beliau ialah Dr Syed Ahmad, Saudara Mohamad Supkhi dan Saudara Hamka.

Dr Rani telah menyumbangkan sejumlah USD 15 ribu kepada Encik Niamatullah Khan, Presiden Al-Khidmat Foundation Pakistan bagi bantuan makanan, minuman, perubatan serta pembelian khemah penginapan, pam penyedut air dan alat penapisan air.

Rombongan Yayasan Amal telah di bawa melawat ke tempat-tempat trajedi terutama di Daerah Multan, Muzaferghar dan Dera Ghazi Khan di Punjab. Yayasan Amal telah menyumbang kepada majlis-majlis iftar dan sahur kepada mangsa-mangsa banjir di 8 kem-kem penempatan di sana.

Dr Rani dan Dr Syed Ahmad juga telah di temuramah oleh Mr Sayyad Mir dari News One, salah satu dari Rangkaian TV yang paling popular di bumi Pakistan.

Al-Khidmat Foundation Pakistan melalui Setiausaha Agungnya Mr Ahsan Ali Syed mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Yayasan Amal Malaysia terutama kepada YAB Tan Sri Khalid dan Encik Hussin bin Ismail selaku Presiden Yayasan Amal Malaysia serta seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang dana serta doa kepada penduduk Pakistan.

Sebelum ini pun Yayasan Amal telah membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Balakot, Pakistan dan mangsa-mangsa perang di Shamsatoo Camp di Peshawar, Pakistan.
 
Koleksi photo di bawah.
 
Baca lagi...
Lagi...


 

160px

 

Kalendar AMAL

 amal charity shop

PAUTAN